2001 - 2004 Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

InQKA yang dahulunya dikenali sebagai Institut Pengembangan Ilmu (InKA) pada tahun 2001, adalah hasil daripada program Perubahan Teknologi daripada Sapura Advancement Systems Sdn Bhd (SAS) kepada UiTM. Program yang dijalankan selama satu tahun itu lebih dikenali sebagai Project 2000 bermula pada Julai 2000 yang diamanahkan untuk membantu UiTM menempuhi perubahan daripada hanya sebuah Institusi kepada sebuah Universiti agar UiTM dapat menangani cabaran dan perubahan pada abad ke-21. Bersempena dengan penyerahan Project 2000 daripada SAS kepada Naib Canselor UiTM, Prof Dr Rahmat Mohammed dilantik untuk mengetuai Institut Pengembangan Ilmu maka wujudnya InKA. InKA terdiri daripada ahli akademik UiTM dengan latar belakang yang berbeza termasuk kakitangan pentadbiran untuk mengawasi operasi harian InKA.

Pada awal penubuhan InKA, visi InKA adalah “Menjadi organisasi terkemuka dengan penumpuan kepada pengetahuan, budaya dan teknologi” manakala misi InKA pula “Menjadi pusat pengembangan ilmu melalui peningkatan kemampuan dalaman ke arah pembentukan organisasi pembelajaran dan untuk menyelidik secara kritis, mencipta, menjana dan menyebarkan sistem dan paradigma ilmu baru”.

Peristiwa utama InKA pada tahun 2001 – 2004 termasuk:

·      UiTM’s Restructuring project (2001 -2002)

·      The National Roundtable Dialogue on Civilization & Terrorism (2002)

·      The Politics of Knowledge, Science & Technology – an InKA Discourse (2002)

·      Mahathir Dialogue in the Advancement of the Ummah (2003)

·      The National Malay Congress on Science & Technology (2003)

·      The International Conference on the Ummah at the Crossroads: The Role of the OIC (2003)

·      The National Colloquium on ASEAN (2004)

·      The Perdana Discourse Series (2004)

·      ISO 9001:2000 certification exercise for faculties and academic centres (2003 -2004)

·      Establishment of ASEAN Studies Centre under InKA, announced by the Prime Minister of Malaysia (2004)

·      Training of 20 UiTM staff as IS0 9001:2000 Lead Assessors (2004)

·      Annual Vice Chancellor’s Quality Award


Pada tahun 2003, InKA menggalas tanggungjawab sebagai sekretariat untuk menerajui usaha bersama dengan memperolehi pensijilan ISO 9001: 2000 bagi bahagian Pengajaran dan Pembelajaran di semua 20 fakulti dan 2 pusat akademik pada ketika itu. Ini sekali gus menaikkan nama fakulti serta pusat akademik apabila memperoleh pensijilan ISO 9001: 2000 pada bulan Mei 2004. Ini termasuklah apabila mendapat anugerah didalam bentuk Sijil Korporat ISO 9001: 2000 untuk skop “Pengurusan Korporat Institusi Pengajian Tinggi” pada bulan Ogos 2004 buat UiTM secara keseluruhannya.